Friday, September 16, 2005

almost done..

hiaz..its finaalyy reaching to an end..but o'level is on her way..wish i could handle all the stress dats is waiting n installed for mie...can't wait for the new survivor series..at gautemala..well been pen-ning down mt tots bout ma frenship but it is malay..sori..hahx..suddenly i got the spirit to write..
i composing one on a tittle 'peninggalan terakhir'
quite touchie i might sae..bout the death on my closest kins..my dad..6 years ago..my uncle a week ago..on the 7th of september..


soo..this the awaiting pen-ning that i just composed..lots to post man..hahaha..to my sistas..dis for u..and not forgetting to ma closest buddies,juraidah,hadijah,azimah,lydia..n ALLL to u dat had been reading ma blog....
here it goes............................................

Teman Sejati
Kehadiran kau dan aku memberi seribu makna
Kita disatukan bukan kerana peluang
Tapi kerana takdir
Sejak pertemuan kita yang pertama
Gerhana di dalam hidup ku kini hilang
Pelangi yang hilang
Kini berwarna kembali
Pengenalan kita sangat ringkas
Hanya mengenal nama dan darjah
Tetapi senyuman yang kau ukirkan
Pada pertemuan pertama,
Kekal abadi
Hari demi hari kita bersama
Perasaan ragu ku padamu kini hilang
Satu perasaan telah terbina
Di antara kau dan aku
Di sejak hari persahabatan kita terbina
Aku tahu kau adalah kawan sejati
Masa duka dan suka kita bernama
Rasa cinta terhadap persahabatan terpendam di hati
Sentiasa di sisi sesama sendiri di kala duka dan suka
Itulah janji pertama yang kita lafazkan
Menyayangi sesama sendiri bagaikan saudara
Itulah kalimat yang indah kita lafazkan
Tetap bersama hingga akhir hayat
Itulah harapan kita bersama
Bersama mengabadikan persahabatan yang kita bina
Adalah matlamat kita bersama
Kini
Kita sudah lebih matang
Kita terikat dengan tanggungjawab yang berbeza
Mempunyai amanah sendiri yang harus dilaksanakan
Walaupun itu bukan alasannya
Untuk mengabaikan persahbatan
Yang telah kita bina selama bermusim-musim
Ombak di lautan akan berubah
Begitu juga dengan kau dan aku
Itu kita tidak boleh nafikan dan larikan
Aku menitiskan airmata kesal dan marah
Kesal kerana aku tidak dapat melaksanakan
tanggungjawab sebagai teman
Marah dengan diriku kerana tidak berfikir atas perbuatan ku
Yang dapat melukakan diriku dan mu
Kini
Biarlah yang lepas menjadi sejarah kita bersama
Kita tidak harus kecundang kerana kesilapan kita pada masa lampau
Masa depan adalah milik dan hak kita
Biarlah kita merancang kesudahan persahabatan kita
Aku memohon kemaafan seandainya aku telah melukakan mu
Wahai teman sejati ku
Aku bersyukur kerana telah disatukan,
Anugerah yang paling indah yang pernah ku dapat
Harapan setiap pagiku adalah
Untuk melihat sekuntum senyuman mesra yang kau ukirkan untuk ku
Hanyalah itu permintaan terakhir ku dari mu wahai
Teman sejati
hmmm..okie tak??
here is something for us to tink about..
"Kawan adalah orang yang sentiasa disekeliling mu bila kamu suka dan dukan
tapi
teman adalah orang yang akan mengongsi segala kesukaan dan kedukaan yg di lalui..."
siapakah teman dan siapakah kawan mu yg sebenar?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home