Saturday, November 05, 2005

syawal di rumah batu

29 ramadhan..
aku termenung melihat luar
dari pagar besi ku
malan ini sangat lah dingin
bercurahkan air hujan
seperti memahami kepiluan hatiku ini
tanpa ku sedari
airmata ku mula mengalir
hati ku kini remuk di cengkam kesedihan dan kekesalan
tiada siapa dan apa yang boleh merubah nasib ku ini
aku hanya bertemankan 3 dinding
hati kecilku hanya mampu meronta kepiluan
aku kini keseorangan di malam hari raya
tanpa bertemankan kedua ayanhanda dan bonda
tanpa orang yang aku kasihi
aku merindui kehadiran mereka
mungkinkah
mereka marah dah kecewa
akan kesilapan muda ku
yang mengakhiri masa depanku dengan meringkuk di rumah batu ini
maafkan saya bonda,ayahanda
kau tidak pernah menghadirkan diri dan melawati aku
aku rindu akan kehadiran kamu..
1 syawal
kedengaran suara takbir yang syahdu berkumandang
aku bersyukur akan tibanya hari kemenangan ini..
selepas aku menunaikan sembahyang sunnatku,
aku berkobar-kobar ingin melihat kemunculan ayahanda dan bonda
penghuni lain sudah pun dalam dakapan orang tersayang
sedangkan aku masih keseorangan
aku yakin kau akan datang
akan ku peluk dan cium tanganmu meminta kemaafan
akan ku titiskan airmata keyukuran dan keinsafan
fikiran ku bercelaru
dimanakah dikau bonda?ayahanda?
anakmu di rumah batu merayu kedatangan mu..
haruskah aku ku tunggu 1 syawal 1427Hijrah
baru dapatku merasakan kemeriahan dan kegembiraan syawal?
malam itu aku hanya bertemankan air mata...
tanpa kemaafan
tanpa ayahanda dan bonda
tanpa orang tersayang
hanya aku
di rumah batuku
maafkan anakanda...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home